Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Kampar November 15, 2009
Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.add a comment


Pakaian beragam

Majlis Anugerah Pasti Kampar telah berlangsung meriah di Dewan Maahad Tahfiz Tualang Sekah dengan persembahan pelajar, ucapan penuh motovasi oleh pimpinan Pasti dan penyampaian hadiah.
- Barisan pimpinan Pasti
- Sdr Manap Ismail, Pengerusi Pasti Kampar
- Ucapan perasmian oleh Setiausaha Pasti Perak.
- Pakaian beragam
Menurut Pengerusi Pasti Kampar, Sdr Manaf Ismail, Hari Anugerah kali ke 10 ini cuba membuktikan kepada massa pencapaian anak-anak didik Pasti Kampar , antaranya berjaya mewakili Perak ke pertandingan membaca peringkat kebangsaan.
Para hadirin terhibur dengan persembahan pelajar Pasti yang mengalunkan nasyid, hafazan Quran , azan dan membaca jawi dengan lancar.

Ucapan perasmian oleh Setiausaha Pasti Perak.
Majlis telah dirasmikan oleh Sdr Muhammad Hadri b Abd Majid, Setiausaha Pasti Perak. Turut Hadir ialah Tn Hj Rosli Suhaime, Setiausaha Pasti Pusat yang juga mantan pengerusi Pasti Kampar, Sdr Riduan Rasyid, Ketua DPP Kampar dan Sdr Jamil Abdullah, Setiausaha Pas Kampar.
Bai’ah November 13, 2009
Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.add a comment

Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali, menunjukkan surat Bai'ah PAS.(Gambar dari MStar Online.)
Setiausaha Agong PAS , Datuk Mustafa Ali berkata bai’ah anggota Pas menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, sebaliknya merupakan “sumpah setia laknat” bagi mengelak daripada berlakunya lompat parti.
Katanya hanya terdapat dua anggota parti itu dari Selangor menggunakan lafaz bai’ah yang berbeza daripada amalan bai’ah biasa, dan seorang daripadanya adalah Khalid sendiri.
“Pas ada cara sendiri, kita guna tradisi dalam Islam. Bai’ah kita adalah ikrar setia dalam perjuangan. Pas buat benda ni sebelum pilihan raya lagi, sewaktu kita dipilih sebagai calon.” Tambah beliau.
Seminar PAS November 7, 2009
Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.add a comment
Seminar yang di adakan pada hari ini mengundang kebanjiran perwakilan dari seluruh negara. Ramai yang tertunggu-tunggu penjelasan dari pimpinantertinggi tentang beberapa isu.
Ahli Panel yang dipilih untuk memberikan wacana mereka juga mengundang berbagai persoalan. Salah seorang panel jemputan, Dr Abd Aziz Bari yang sebelum ini dianggap kawan Pakatan Rakyat di atas komen positif beliau mengenai kemelut di Perak telah diserang oleh beberapa pimpinan PAS kerana komen sinisnya terhadap Presiden PAS.
Golongan muda dalam saf pimpinan PAS tentu sekali akan mengambil peluang dalam seminar ini untuk bersemuka dengan Dr Abd Aziz Bari. Rasanya jika ada rasa marah elok disimpan untuk kesempatan lain kerana beliau adalah tetamu yang dijemput Khas. Adakah pernah berlaku tetamu yang dijemput memberi sumbangan idea di belasah oleh tuan rumah…?
Isu utama seminar ialah cara bagaimana memperkasakan parti. Adakah teguran dan kritikan oleh pakar undang-undang melemahkan parti? Apakah isu-isu yang yang mengheret parti dan pimpinan parti terperangkap dalam mainan media arus perdana? Bagaimana menangani isu tersebut?
Semoga seminar kali ini akan menutup mulut musuh dan memantapkan parti dan mengukuhkan pakatan dengan rakan seperjuangan dari PKR dan DAP.
update: FUTSAL ORANG MUDA GENG KITA November 7, 2009
Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.add a comment

Ucapan Aluan dari Ketua Pemuda Kampar, Sdr Riduan
- Ucapan Aluan dari Ketua Pemuda Kampar, Sdr Riduan
- Referee yang diketuai En. Tan Wahid.
Pertandingan FUTSAL bertemakan kempen Anak Muda Geng Kita telah di adakan di Padang MDKS Kampar . Pertandingan FUTSAL itu dianjurkan setiap tahun oleh Dewan Pemuda PAS Kampar sejak 4 tahun yang lepas.
Sebanyak 19 pasukan telah mengambil bahagian. Pertandingan yang dirasmikan oleh Sdr Salman Salleh, Naib Ketua DPP Perak telah berjalan lancar dalam cuaca yang cukup baik.
Dalam ucapan beliau, Sdr Salman mengajak anak-anak muda memberi sokongan kepada aktiviti Dewan Pemuda PAS yang membuat pendekatan baru bertemakan anak muda geng kita. Sukan Futsal adalah salah satu cara selain xpdc bermotor dan camping.
Beliau juga meminta pemuda Islam menjaga akhlak Islami dengan berpakaian menutup aurat di mana sahaja.
Pemenang pertandingan edisi kali ini dengan membawa pulang wang tunai RM800 dan Piala YDP PAS Kampar, ialah Pasukan Kelab Sukan MayBank (KSMB) yang mengalahkan Pasukan Belia Kampar 2-0 di pentas Final. Tempat ke tiga dimenangi oleh Pasukan Pekan Razaki dan tempat ke empat Pasukan Jabatan Ukur dan Pemetaan ( JUPEM).
Pemenang akan mewakili DPP Kawasan Kampar ke pertandingan Futsal peringkat Negeri yang akan di adakan di Taiping pertengahan bulan Disember nanti.
Jamuan Raya Tualang Sekah October 18, 2009
Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.2 comments
Majlis sambutan Hari Raya telah di adakan di Pusat Khidmat Masyarakat Tualang Sekah. Tetamu yang hadir telah diberi santapan rohani dengan ceramah agama oleh Ust Hisyam Mohd Ali dari Bruas.
Lebih 4000 cucuk sate telah habis dalam masa setengah jam sahaja. Majlis jamuan itu turut disertai oleh jawatankuasa PAS Kawasan Kampar yang diketuai oleh Naib YDPnya, Ust Shuib Hussien.
Menurut Abd Manaf, sambutan kali ini amat menggalakkan di mana kehadiran telah bertambah sekali ganda berbanding sambutan tahun lepas.
UMNO guna Samseng dan kaki Pukul October 8, 2009
Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.add a comment

Seorang petugas Pemuda PAS cedera dipukul Samseng UMNO.
Markas Pemuda PAS diserang 100 pemuda berpakaian baju BN. Mereka menyerang dan menumbuk petugas Dewan Pemuda PAS di Bagan Pinang.
Nampaknya lakonan Azeez ketua Mat Rempit telah berjaya mempromosikan taktik ganas dan samseng UMNO. Perlakuan terdesak yang digunakan UMNO untuk mempertahankan kerusi BN di Bagan Pinang amat dikesali. Tindakan Pihak Polis yang tidak bersungguh menangani kes samseng itu juga membayangkan sifat double standard Polis yang begitu berani dan angkuh ketika berdepan dengan Pemuda PAS, tetapi menjadi lambat dan bersopan ketika menghadapi pemuda samseng UMNO. Apa guna peruntukan yang besar diberikan kepada pihak PDRM jika mereka gagal membendung gajala samseng itu. Bukankah kehadiran mereka yang ramai adalah untuk menjaga keselamatan rakyat?
Saya mengharapkan Pemuda PAS bersabar menerima tekanan dan ujian. Tujuan kita menyertai pilihanraya kerana kita masih meyakini sistem demokrasi itu. Negara kita mempunyai undang-undang yang sama untuk semua warganya. Namun sikap berhati-hati dan sentiasa bersedia perlu diterapkan. Mempertahan diri adalah wajib jika kita diserang dan diancam nyawa.
Tun Mahathir melalut lagi October 6, 2009
Posted by rajasedaka in BN.add a comment

Hari ini Tun mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah, menghina Islam dan berbelit-belit.
Kata beliau :
“Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.
“Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).
“Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali,” katanya kepada pemberita di sini semalam. ( sumber : mStar On line)
1. Boleh Tun buktikan siapa pimpinan PAS yang kata berkerja sama dengan bukan Islam akan menjadi kafir?
2. Ternak babi dan makan babi adalah hak orang bukan Islam.
Sekian lama kita dianjurkan bertoleransi dengan bukan Islam. Mereka boleh makan babi dan menternak babi mengikut keperluan mereka. Jika kandang babi berselerakan dan mendatangkan pencemaran air dan bau, tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah itu.
Pemerintah hanya perlu memantau dan memastikan kebersihan dan isu pencemaran di atasi. Isu di sini ialah kebersihan.
3. Pernah ker orang PAS kata kita boleh ternak, boleh jual dan boleh masak babi,dan jangan makan babi? Ataupun kata-kata itu keluar dari kepala hotak Tun sendiri? Tun pernah jumpa ke orang PAS jual dan masak babi? Apabila Tun cuba tafsir ayat Quran pakai kepala hotak sendiri , kita bimbang aqidahnya boleh rosak.
4. Tun terkenal sebagai seorang pemimpin Islam yang pandai memutar-belitkan fakta. Kenyataan terbaharunya menambah panjang lagi senarai penghinaan agama Islam yang dibuatnya semenjak berpolitik!
Bagan Pinang:Kempen bermula October 3, 2009
Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.add a comment
Apabila Pegawai Pengurus SPR mengumumkan pertandingan adalah satu lawan satu diantara Tan Sri Md Isa Samad mewakili Barisan Nasional dan Zulkefly Mohamad Omar mewakili PAS, Para penyokong bersorak gembira menyambutnya.
Isu besar yang dipandang remeh oleh UMNO ialah Isu Rasuah dan penyelewengan. Sepanjang 25 tahun memegang jawatan MB Negeri Sembilan , banyak penyelewengan yang berlaku seperti agihan projek kepada kroni, amalan rasuah dalam merebut jawatan dan sebagainya..
Manakala BN pula tidak dapat mencari isu berkaitan calon PAS yang bersih dan telus. Kini mereka menembak Anwar yang dikaitkan dengan isu komunis. Kononnya Anwar menyokong komunis apabila meminta kerajaan membenarkan permohonan Chin Peng yang hendak balik ke Malaysia. Mereka lupa Najib juga beberapa kali berjumpa dengan Kerajaan China yang Komunis. Syarikat Kerajaan, Petronas juga melabur di Vietnam, sebuah negara komunis.
Isu SELCAT: Kenyataan Dr Hassan Ali. September 26, 2009
Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.1 comment so far
Isu kononnya ada keretakan pada Pakatan rakyat di Selangor mula dimainkan oleh media pro Umno. Ini bermula dengan kenyataan Pesuruhjaya PAs Selangor, Dr Hassan Ali mengenai Selcat. Biarlah saya turunkan dulu kenyataan media Dr Hassan Ali mengenai isu ini sebelum kita mengupas isu itu…
Kenyataan Akhbar Dr Hassan Ali:
Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.
Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.
Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.
Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.
Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.
Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.
Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.
Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.
Sumbangan Hari Raya di Jeram September 17, 2009
Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.add a comment

Sdr Abd Halim menyampaikan sumbangan

Hj Abu menerima sumbangan

Mak Cik Halimah menerima sumbangan
Saya menyertai Jawatankuasa PAS Cawangan Jeram, Perak untuk menyampaikan sumbangan Hari raya dari rumah ke rumah di sekitar Kampung Jeram, Kampar. Sumbangan berupa sekampit beras, barang keperluan harian dan wang tunai adalah ehsan dari Pas Kawasan Kampar, JIM Cawangan Ipoh dan Ahli-ahli Pas Jeram.
Beberapa orang yang diziarahi menyatakan rasa syukur dan terima kasih di atas inisiatif yang buat PAS Jeram. Tidak kurang juga penerima bantuan yang mengadu kesusahan hidup yang di rasai sekian lama.

Mak Cik Halimah
Mak Cik Halimah , seorang warga emas yang baharu kematian suami mengadu rumahnya dibahagian dapor yang roboh setahun lalu masih belum dibaiki walaupun pegawai Baitulmal pernah datang melawat. Sambil menanggis beliau memberitahu rasa bimbangnya bila hujan lebat kerana tinggal keseorangan.
Dengan ziarah itu juga dapat membina hubungan jawatankuasa PAS dengan orang kampung. Sdr Abd Halim, bekas JKK Pakatan rakyat sempat menyeru semua penerima bantuan agar mengunjungi masjid untuk solat berjamaah dan mendengar majlis ilmu.



















