jump to navigation

Era Mr Clean Berakhir… March 31, 2009

Posted by rajasedaka in BN.
3 comments
Perdana Menteri Malaysia ke-5

Perdana Menteri Malaysia ke-5

Berita terkini yang boleh dikira sahih menyatakan,  Istana Negara berkenan dengan upacara angkat sumpah Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 pada pagi hari Jumaat 7 Rabi’ul Akhir 1430 bersamaan 3 April 2009.

Sebelum ini tersebar berita Pak Lah akan meletak jawatan pada 2 April untuk membolehkan Presiden baru UMNO itu mengambil alih tampuk pemerintahan. Dikhabarkan juga  Najib akan mengangkat sumpah pada 4  April.

Selepas itu akan bermulalah satu pemerintahan  kerajaan  berwajah baru. Jika Tun Razak  Perdana Menteri ke-2 terkenal kerana misi membasmi kemiskinan dan melindungi kumpulan bawahan, maka anakanda beliau, yang dianggap golongan ningrat, diharapkan akan meneruskan usaha baik ayahnya itu.

Pak Lah yang pada awalnya terkenal dengan jolokan Mr Clean memegang jawatan PM pada 31 Oktober 2003. Beliau telah diraikan kerana datuknya ialah adalah ulamak yang terkenal. beliau juga memperkenalkan Konsep Islam Hadhari. Sanjungan dan penghormatan senakin terhakis apabila beliau sering lambat membuat keputusan yang penting.  Keadaan menjadi buruk apabila beliau dilihat sangat mementingkan kepentingan keluarganya berbanding rakyat. Imej Pak Lah yang sering tidur menjadi sindiran pihak lawan tatkala ramai menteri  bercakaran sesama sendiri secara terbuka.

Dihujung pemerintahannya Pak Lah telah menunjukkan keazaman untuk memerangi rasuah dengan penubuhan SPRM dan membaiki imej sistem kehakiman negara. Ia hanya tinggal keazaman apabila rakyat melihat SPRM hanya menjalankan siasatan secara terpilih.

Kecoh bila Nizar Jadi Imam… March 31, 2009

Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.
2 comments
Antara poster di hari Penamaan Calon

Antara poster di hari Penamaan Calon

Kecoh di Masjid Simpang, Taiping apabila pimpinanUMNO berimamkan YB Nizar. Selepas solat Ir Nizar membaca doa yang panjang yang ada Qunut Nazilah. Semua makmum mengaminkan doa termasuk pimpinan UMNO. Selepas itu Imam meminta YB Nizar membuat tafsiran ayat yang dibaca ketika solat tadi . Kejadian menjadi lebih buruk pada pandangan Datuk Dr Zamry apabila ramai ahli jamaah meluru untuk bersalam dengan YB Nizar hingga mengenepikan Datuk Dr Zamri dan Tan Sri Muhyidin.

Kata YB Zamry:

Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak. Tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.mstar.com

“Jangan berniat takbur dan riak kerana jika setakat untuk mengimamkan jemaah atau menyampaikan sepatah dua tafsiran al-Quran, saya pun mampu,” - berita harian

Imam Masjid Simpang, Tuan Haji Hashim :

Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada,. Memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita UMNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ… ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali didapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa.)Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyidin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu… – anaksengat.blogspot.com

Sila baca penjelasan YB Nizar di kamparinn.blogspot.com

Penyokong UMNO merempit March 30, 2009

Posted by rajasedaka in BN.
4 comments
Bendera UMNO menjadi pengikat punggung

Bendera UMNO menjadi pengikat punggung

Gambar dirakam selepas penamaan calon di Taiping. Anak muda dengan pasangan masing-masing meluncur laju melepasi deretan kereta yang sesak menuju ke TOL Changkat Jering.

Koleksi gambar PRK Bukit Gantang March 29, 2009

Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.
add a comment

HARI PENAMAAN CALON

dURI HALANGAN

dURI HALANGAN

sAPA BAYAR DUIT MINYAK HELI NIH?

sAPA BAYAR DUIT MINYAK HELI NIH?

Pukul 7.30 pagi

Pukul 7.30 pagi

Katak makan duit

Katak makan duit

Lori penyokong aka pentas ceramah

Lori penyokong aka pentas ceramah

Ucapan sulung Calon Pakatan Rakyat Bukit Selambau March 29, 2009

Posted by rajasedaka in Uncategorized.
add a comment

Save Our School ( S.O.S) Damansara March 29, 2009

Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.
add a comment

Ketika membuat liputan suasana pada hari  penamaan calon di PRK Bukit Gantang, saya tertarik dengan banner yang dibawa sekumpulan lelaki berpakaian bercop S.O.S

Mr Wong dan rombongan SOS SJKC Damansara

Mr Wong dan rombongan SOS SJKC Damansara

Mr Wong yang memperkenalkan diri sebagai Setiausaha JKKK menyatakan Banner yang dibawa menyatakan sokongan kepada YB Ir Nizar untuk memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang. Hanya setelah pakatan Rakyat menguasai kerajaan Pusat , masalah pendidikan kaum Cina akan dapat diselesaikan.

SJKC Damansara yang di tutup pada Januari 200o telah mendapat liputan meluas dan kini kian dilupakan. SOS Damansara memperjuangkan pembukaan semula sekolah tersebut.

cimg0120

Apakah UMNO tidak perjuangkan Islam? March 29, 2009

Posted by rajasedaka in BN.
add a comment
Presiden UMNO

Presiden UMNO

Perhimpunan Agung UMNO berakhir seperti filem Hindustan. Heronya yang hensome berjaya mendapat tempat dengan pelbagai helah. Perwakilan yang letih bertepuk tangan dan sesekali tertidur tidak sedar dengan teguran wakil Pemuda UMNO  dari Pahang tentang asas perjuangan UMNO yang tidak nampak memperjuangkan Islam.

Kata Ustaz Syahrin Jamaluddin, UMNO gagal membentuk persepsi di kalangan rakyat mengenai apakah yang sebenarnya diperjuangkan oleh parti tersebut.

Beliau yang juga pengerusi Forum Perdana Islam di RTM berkata, maklum balas tersebut diperolehi melalui forum berkenaan.

Berucap membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC semalam, Syahrin berkata, maklum balas menunjukkan Umno tidak dilihat memperjuangkan Islam.

Jika ingin dilihat memperjuangkan Islam, UMNO perlu meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, dengan menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan  dan rujukan utama. Ia boleh dimulakan dengan pindaan kepada dasar perlembagaan UMNO, kemudian diteruskan dengan terjemahannya pada diri pemimpin dan isteri-isteri mereka.

Ia akan menyerlahkan hasrat UMNO untuk kembali kepada Islam jika menganjurkan program-program yang mengajak ahli mengerjakan amal makruf dan menjauhi perkara mungkar.

Presiden UMNO yang baru tentu menggemari idea ini kerana beliau berpeluang meneroka pendekatan baru setelah gagasan Islam Hadhari ciptaan mantan presiden UMNO yang lalu ditolak rakyat.

Pemuda PAS Kampar dapat ketua baru March 29, 2009

Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.
add a comment
lobai1

Sdr Riduan

Dewan Pemuda PAS Kampar yang bermesyuarat pada 28 Mac telah memilih Saudara Riduan Rasyid mengetuai dewan itu bagi sesi 2009-1010. Tahniah diucapkan.

Sementara Ust Suffian Rejab memenangi jawatan Timbalan ketua . Naib Ketua dimenangi tanpa bertanding oleh Sdr Manap Ismail.

Laporan selanjutnya akan menyusul….

Siapa Perdana Menteri minggu depan? March 28, 2009

Posted by rajasedaka in Uncategorized.
add a comment

tak-nak-najib

Pak Lah masih berteka-teki. Bila lagi Pak Lah? Betul ke janji Pak Lah nie..?

Rakyat juga berteka-teki…. Adakah Najib yang diselubungi misteri itu akan berjaya mencapai impiannya mendaki ke Puncak ? Dalam keadaan rakyat inginkan kepastian, UMNO telah menyerahkan maruah mereka ke tangan Najib…

Walaupun terdapat isyarat penantian  Najib akan berakhir seawal Rabu nanti, keresahan masih membelenggu Najib dan isteri.

Ikut bisik-bisik, sebagai hadiah memberi kemenangan kepada KJ  setelah pengiraan undi kali ke enam, sebagai Ketua Pemuda, Pak Lah akan mengumumkan pengunduran sebagai PM pada hari Rabu ini. Pada Hari Jumaat  Agong akan dimaklumkan perletakkan jawatan Pak Lah. Jika tiada aral, Hari Selasa Rosmah boleh mengepit Perdana Menteri menjejak kaki meninjau Seri Perdana. Boleh ler berkira nak tukar set sofa atau set tidur yang baru!

Kata bisik-bisik lagi, Khabar itu membuatkan Rosmah terkinja-kinja di bilik mandi!

Rancangan Presiden baru UMNO itu terganggu dengan bantahan keras  Pemuda UMNO terhadap kemenangan  KJ semasa majlis Tepuk Tangan dan tidur-tidur itu. Terdapat kumpulan Pemuda UMNO mengumpul bukti baru kes Rasuah KJ di Hotel Corus.

Andai semua khabar itu hanya khabar angin sahaja, bisik-bisik berharap pulak jangan ler  Presiden Najib menolak Pak Lah dan merampas jawatan itu secara tak sah seperti yang dibuat pada MB Perak tempohari.

Walau bagaimana pun, Presiden diingatkan Pak Lah telah berjumpa Anwar di Hulu Langat….

huhu, pening… sampai bila Rosmah boleh bersabar….??

Boikot Akhbar Pro UMNO 3 Bulan March 28, 2009

Posted by rajasedaka in BN.
1 comment so far

Saranan Tok Guru supaya kita memboikot akhbar Pro UMNO selama 3 bulan adalah langkah yang wajar. Jika selama ini akhbar-akhbar itu hanya menyiarkan berita yang berat sebelah, senget, mengapa harus dibeli dan dibaca lagi?

Mereka berkumpul untuk tidur dan bertepuk tangan!

Mereka berkumpul untuk tidur dan bertepuk tangan!

Banyak lagi akhbar online dan akhbar baru yang nampaknya cuba mencari pengaruh dengan menyiarkan berita yang agak  adil iaitu Harian Sinar.

Media alternatif  seperti blog anak muda mendapat tempat dalam ucapan pemimpin UMNO ketika mereka bertemu untuk  bersendaloka, bertepuk tangan dan tidur.

Itulah kuatnya pengaruh Blog. Sahabat boleh membantu kawan-kawan yang lain dengan mencetak berita dari Blog untuk berita terkini dan sahih.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.