Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Kampar November 15, 2009
Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.1 comment so far


Pakaian beragam

Majlis Anugerah Pasti Kampar telah berlangsung meriah di Dewan Maahad Tahfiz Tualang Sekah dengan persembahan pelajar, ucapan penuh motovasi oleh pimpinan Pasti dan penyampaian hadiah.
- Barisan pimpinan Pasti
- Sdr Manap Ismail, Pengerusi Pasti Kampar
- Ucapan perasmian oleh Setiausaha Pasti Perak.
- Pakaian beragam
Menurut Pengerusi Pasti Kampar, Sdr Manaf Ismail, Hari Anugerah kali ke 10 ini cuba membuktikan kepada massa pencapaian anak-anak didik Pasti Kampar , antaranya berjaya mewakili Perak ke pertandingan membaca peringkat kebangsaan.
Para hadirin terhibur dengan persembahan pelajar Pasti yang mengalunkan nasyid, hafazan Quran , azan dan membaca jawi dengan lancar.

Ucapan perasmian oleh Setiausaha Pasti Perak.
Majlis telah dirasmikan oleh Sdr Muhammad Hadri b Abd Majid, Setiausaha Pasti Perak. Turut Hadir ialah Tn Hj Rosli Suhaime, Setiausaha Pasti Pusat yang juga mantan pengerusi Pasti Kampar, Sdr Riduan Rasyid, Ketua DPP Kampar dan Sdr Jamil Abdullah, Setiausaha Pas Kampar.
Bai’ah November 13, 2009
Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.add a comment

Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali, menunjukkan surat Bai'ah PAS.(Gambar dari MStar Online.)
Setiausaha Agong PAS , Datuk Mustafa Ali berkata bai’ah anggota Pas menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, sebaliknya merupakan “sumpah setia laknat” bagi mengelak daripada berlakunya lompat parti.
Katanya hanya terdapat dua anggota parti itu dari Selangor menggunakan lafaz bai’ah yang berbeza daripada amalan bai’ah biasa, dan seorang daripadanya adalah Khalid sendiri.
“Pas ada cara sendiri, kita guna tradisi dalam Islam. Bai’ah kita adalah ikrar setia dalam perjuangan. Pas buat benda ni sebelum pilihan raya lagi, sewaktu kita dipilih sebagai calon.” Tambah beliau.
Seminar PAS November 7, 2009
Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.add a comment
Seminar yang di adakan pada hari ini mengundang kebanjiran perwakilan dari seluruh negara. Ramai yang tertunggu-tunggu penjelasan dari pimpinantertinggi tentang beberapa isu.
Ahli Panel yang dipilih untuk memberikan wacana mereka juga mengundang berbagai persoalan. Salah seorang panel jemputan, Dr Abd Aziz Bari yang sebelum ini dianggap kawan Pakatan Rakyat di atas komen positif beliau mengenai kemelut di Perak telah diserang oleh beberapa pimpinan PAS kerana komen sinisnya terhadap Presiden PAS.
Golongan muda dalam saf pimpinan PAS tentu sekali akan mengambil peluang dalam seminar ini untuk bersemuka dengan Dr Abd Aziz Bari. Rasanya jika ada rasa marah elok disimpan untuk kesempatan lain kerana beliau adalah tetamu yang dijemput Khas. Adakah pernah berlaku tetamu yang dijemput memberi sumbangan idea di belasah oleh tuan rumah…?
Isu utama seminar ialah cara bagaimana memperkasakan parti. Adakah teguran dan kritikan oleh pakar undang-undang melemahkan parti? Apakah isu-isu yang yang mengheret parti dan pimpinan parti terperangkap dalam mainan media arus perdana? Bagaimana menangani isu tersebut?
Semoga seminar kali ini akan menutup mulut musuh dan memantapkan parti dan mengukuhkan pakatan dengan rakan seperjuangan dari PKR dan DAP.
update: FUTSAL ORANG MUDA GENG KITA November 7, 2009
Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.add a comment

Ucapan Aluan dari Ketua Pemuda Kampar, Sdr Riduan
- Ucapan Aluan dari Ketua Pemuda Kampar, Sdr Riduan
- Referee yang diketuai En. Tan Wahid.
Pertandingan FUTSAL bertemakan kempen Anak Muda Geng Kita telah di adakan di Padang MDKS Kampar . Pertandingan FUTSAL itu dianjurkan setiap tahun oleh Dewan Pemuda PAS Kampar sejak 4 tahun yang lepas.
Sebanyak 19 pasukan telah mengambil bahagian. Pertandingan yang dirasmikan oleh Sdr Salman Salleh, Naib Ketua DPP Perak telah berjalan lancar dalam cuaca yang cukup baik.
Dalam ucapan beliau, Sdr Salman mengajak anak-anak muda memberi sokongan kepada aktiviti Dewan Pemuda PAS yang membuat pendekatan baru bertemakan anak muda geng kita. Sukan Futsal adalah salah satu cara selain xpdc bermotor dan camping.
Beliau juga meminta pemuda Islam menjaga akhlak Islami dengan berpakaian menutup aurat di mana sahaja.
Pemenang pertandingan edisi kali ini dengan membawa pulang wang tunai RM800 dan Piala YDP PAS Kampar, ialah Pasukan Kelab Sukan MayBank (KSMB) yang mengalahkan Pasukan Belia Kampar 2-0 di pentas Final. Tempat ke tiga dimenangi oleh Pasukan Pekan Razaki dan tempat ke empat Pasukan Jabatan Ukur dan Pemetaan ( JUPEM).
Pemenang akan mewakili DPP Kawasan Kampar ke pertandingan Futsal peringkat Negeri yang akan di adakan di Taiping pertengahan bulan Disember nanti.








