Blog, Mengisi ruang kosong March 25, 2009
Posted by rajasedaka in Bloggers.add a comment

Kita Bersaudara, mesti saling ingat mengingati
Petang tadi sahabat baik teman dari UMNO ingatkan teman supaya lebih hati-hati menulis blog. Dah ada orang kena tahan dan dakwa di mahkamah katanya…
Terima kasih ler. Sayang jugak dia kat teman . Teman pun harap dia pun hati-hati ler bawak kereta…dah ramai yang kena saman, di dakwa di mahkamah malah ramai yang dah mati accident !!
Sejak Harakah digantung nih, teman rasa bloggers perlu lebih giat lagi menulis, menganalisis, melapor dan memanjangkan ucapan pimpinan di dalam blog masing-masing. Tugas menyampaikan maklumat terkini begitu penting dalam suasana rakyat begitu dahagakan berita benar, terkini dan tepat.
Media siber telah melahirkan jutaan bloggers yang tidak dikenali, tidak mengejar glamour. Mereka hanya mahu menyampaikan berita terkini.
Agaknya inilah hikmah Harakah digantung penerbitannya. Terdapat ruang kosong yang perlu diisi. Akan lahir lebih ramai bloggers. Akan lahir lebih ramai penganalisis politik dan sebagainya. Mereka berlumba-lumba menghantar entri untuk pengunjung.
Kawan baik teman yang sering mengikuti blog ini bertanya juga kepada rakan UMNO tadi…apa entri blog ini yang dia rasa bahaya? Entri yang mana satu? Tak dapat pulak dia menjawab…
Kepada rakan bloggers.. teruskan perjuangan. UMNO pun sebenornya udah gerun dengan media alternatif ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui kesan yang menimpa Umno dalam pilihanraya umum tahun lalu akibat kegagalan memahami kesan pengaruh media baru.