jump to navigation

Tun Mahathir melalut lagi October 6, 2009

Posted by rajasedaka in BN.
add a comment

osama-bin-lMamak

Hari ini Tun mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah, menghina Islam dan berbelit-belit.

Kata beliau :

“Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

“Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).

“Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali,” katanya kepada pemberita di sini semalam. ( sumber : mStar On line)

1. Boleh Tun buktikan siapa pimpinan PAS yang kata berkerja sama dengan bukan Islam akan menjadi kafir?

2. Ternak babi dan makan babi adalah hak orang bukan Islam.

Sekian lama kita dianjurkan bertoleransi dengan bukan Islam. Mereka boleh makan babi dan  menternak babi mengikut keperluan mereka. Jika kandang babi berselerakan dan mendatangkan pencemaran air dan bau, tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah itu.

Pemerintah hanya perlu memantau dan memastikan kebersihan dan isu pencemaran di atasi. Isu di sini ialah kebersihan.

3. Pernah ker orang PAS kata kita boleh ternak, boleh jual dan boleh masak  babi,dan jangan makan babi? Ataupun kata-kata itu keluar dari kepala hotak Tun sendiri? Tun pernah jumpa ke orang PAS jual dan masak babi? Apabila Tun cuba tafsir ayat Quran pakai kepala hotak sendiri , kita bimbang aqidahnya boleh rosak.

4. Tun terkenal sebagai seorang pemimpin Islam yang pandai memutar-belitkan fakta. Kenyataan terbaharunya menambah panjang  lagi senarai penghinaan agama Islam yang dibuatnya semenjak berpolitik!

Siapa Calon BN Bagan Pinang? September 9, 2009

Posted by rajasedaka in BN.
add a comment

Spekulasi siapa bakal calon PRK Bagan Pinang membuatkan 2 kem UMNO mula melobi sakan. Calon paling Popular, Tan Sri Isa Samad telah mula mengorak langkah awal dengan berjumpa dengan pimpinan akar umbi kononnya untuk mendapatkan pandangan mereka tentang siapa calon pilihan mereka.

Kem Menteri Besar pula bertegas menolak Tan Sri Isa kerana tidak mahu sejarah kekalahan BN di Permatang Pasir berulang kerana memilih calon yang ada rekod pecah amanah. Tan Sri Isa pernah didapati bersalah oleh Badan Disiplin UMNO kerana politik wang tetapi tidak disiasat oleh SPRM. Mereka juga bimbangkan nama baik UMNO tercemar jika pembangkang mengorek kisah skandal ahli politik veteran itu dengan seorang ketua Puteri UMNO.

Anak-anak muda pula menolak Tan Sri Isa kerana mereka mahukan calon muda dan bersih. Tan Sri Isa sanggup berkompromi dengan menyandarkan anaknya, Mohd Najib sebagai alternatif. Lagi sekali politik anak-beranak akan dimainkan oleh pakatan pembangkang.

Walaupun MB telah menyatakan lebih awal akan menyerahkan UMNO bahagian memilih calon, namun kuasa terakhir ialah PM yang akan meneliti saranan MB akan menentukan segalanya.

PRK ke 9 di Negeri Sembilan September 4, 2009

Posted by rajasedaka in BN, Pakatan rakyat.
add a comment
foto dari Malaysiakini

foto dari Malaysiakini

Liga PRK berpindah ke selatan pulak berikutan kematian ADUN BN di Dun Bagan Pinang,YB. Azman Mohd Noor..Jika setakat ini Pakatan Rakyat telah mendahului 7-1, peluang untuk melebarkan kemenangan nampaknya akan menghadapi saingan sengit.

Pada PRU12,  Allahyarham Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. BN memperolehi 6,430 undi manakala PAS pula mendapat  4,097 undi.

Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.

Dun Bagan Pinang terletak di dalam Parlimen Teluk Kemang yang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat. Terdapat lima DUN di dalam kawasan Parlimen Telok Kemang. Tiga dikuasai oleh Pakatan Rakyat  manakala BN dua kerusi.

Kerusi-kerusi yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat ialah DUN Chuah (PKR), DUN Lukut (Dap) dan DUN Port Dickson (PKR).

Manakala DUN yang dikuasai BN pula selain Bagan Pinang ialah DUN Linggi.

SPR selamatkan BN lagi September 2, 2009

Posted by rajasedaka in BN, Pakatan rakyat.
add a comment

BN boleh menarik nafas lega seketika dengan keputusan SPR mengisytiharkan tiada kekosongan di kerusi DUN Kota Siputeh setelah jatuh tersungkur 7 kali sebelum ini dalam siri Pilihanraya Kecil Pasca PRU12. Menyedari hanya SPR sahaja talian hayat yang ada, Muhyidin Yasin telah beberapa kali meningatkan SPR yang ADUN BN itu ada MC- cuti sakit. Jangan lah ditanya siapa doktor yang memberi surat MC itu.

Walaupun memberi alasan satu perenggan yang mudah, SPR terpaksa memikirkan jalan keluar hampir 4 jam dalam mesyuarat bersama pakar undang-undangnya.

Alasan1

Mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN berkenaan bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan. Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut bagi dua penggal yang berbeza.

Alasan 2

Surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh diterima oleh SPR sebagai penjelasan mengenai ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat Dewan pada 9 Ogos 2009 .

SPR juga mendapati bahawa kegagalan ADUN Kota Siputeh itu menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal (selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2009) tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal.

Alasan 3

Adun BN tersebut telah menghantar SMS kepada ketua pembangkang di DUN menyatakan ia sakit dada.

Nampaknya SPR bijak mereka-reka alasan untuk menjustifikasikan keputusan mereka. Tugas SPR yang sebelum ini hanyalah menguruskan pilihanraya apabila dimaklumkan berlaku kekosongan kerusi DUN atau Perlimen telah merubah menjadi sangat tinggi mengatasi kuasa Dewan Undangan Negeri

Apakah takrif  “consecutive meetings” yang tersirat pada Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri kedah?

Apakah ada disebut mesti dalam penggal yang sama?

Perkara pokok yang ditimbulkan adalah ” Dengan kebenaran Speaker”. Apakah cukup dengan mengemukakan surat MC dan menghantar SMS kepada Ketua Pembangkang sebagai alasan?

ADUN BN menunjukkan kebebalan dengan tidak menghormati kuasa Speaker  dan kemudian SPR pula menurut jejaknya. Apabila tidak menghormati speaker, ADUN itu boleh dihadapkan kehadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan untuk diambil tindakan menggantung atau menendanya.

Terserah kepada penasihat undang-undang Negeri untuk mencabar keputusan itu di Mahkamah. Mahkamah boleh menyemak adakah keputusan itu tepat atau tidak. Jika dahulu di Perak, kini sekali rakyat akan belajar undang-undang Tubuh negeri Kedah pula.

Sikap ADUN BN ponteng persidangan DUN di negara ini bukanlah perkara baru. Ia menjadi-jadi seolah-olah mereka lebih besar hingga speaker DUN di Selangor berulangkali menegurnya. Dengan keputusan SPR itu, ADUN BN semakin seronok ponteng kerana ada rakan komponen yang akan membela mereka. Mereka tidak sedar yang mereka sedang mempermainkan rakyat yang diwakili mereka.

Hanya rakyat yang boleh menghukum mereka!!


Kredibility Ketua Polis Negara diuji. August 31, 2009

Posted by rajasedaka in BN.
add a comment

Pendedahan terbaru RPK tentang hubungan IGP dengan rangkaian penjenayah besar negara amat mengejutkan. Surat Akuan Bersumpah yang dibuat oleh bekas pegawai ADC (aide de camp) kepada IGP Musa Hassan mendedahkan beberapa tindakan IGP Musa yang menguntungkan ketua penjenayah seperti BK Tan. Akuan itu juga  mendedahkan skandal IGP Musa menjatuhkan beberapa pimpinan politik dan pegawai atasan PDRM yang tidak sehaluan dengan beliau.Akuan bersumpah itu mendakwa IGP Musa membiarkan ketua-ketua  penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan penentuan jawatan mereka.

Hingga kini, IGP Musa yang dijadualkan akan bersara 14 September ini  masih tidak menafikan akuan bersumpah itu. Sekaligus membiarkan orangramai mempertikaikan kredibiliti beliau. Ia juga menyebabkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lebih dipertikaikan.

Kita lihat sepantas mana SPRM meluru untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa itu atau memberi 1001 alasan .

Pelampau UMNO bebas berdemontrasi. August 30, 2009

Posted by rajasedaka in BN.
add a comment

bawa kepala lembu

Beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan sebuah kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam. Slogan dan jeritan mereka adalah sama seperti jeritan penyokong UMNO. Berselindung di sebalik nama NGO, mereka menunjukkan mentaliliti yang tidak bertamadun dan memalukan agama Islam yang suci.

Berdemontrasi secara aman adalah tidak salah. Adalah menjadi hak individu untuk menyatakan sikap atas sesuatu isu. Walaupun begitu, kita tidak ada hak untuk mencemuh agama lain dan memalukan agama sendiri. Mereka menghina agama Hindu dengan memijak kepala lembu dan menghina agama Islam dengan menukarkan kalimah Takbir ( membesarkan Allah ) dengan perkataan Take Beer.

Perbuatan menghina agama lain  adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana terdapat nas yang jelas mengenainya,

Di dalam surah al-An’am ayat 108, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan”.

Demontrasi  membawa dan menendang-nendang kepala lembu  itu sebagai provokasi untuk mencetuskan api perkauman yang bertujuan menutup kelemahan dan keburukan Umno dan memalukan kerajaan Pakatan Rakyat.

Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis “Take beer”, “Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah”, “Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya” dan “Pindahkan kuil ke Seksyen 22″.

Satu demo, 2 agama dihina!

Satu demo, 2 agama dihina!

Walaupun kerajaan negeri masih membuka pintu rundingan dengan rancangan mengadakan dialog dengan penduduk, nama-nama seperti Ibrahim Sabri dan Muhyidin Manaf telah merosakkannya menjadi isu ektremis.

Paling menghairankan apabila pihak polis yang hadir hanya menonton sahaja provokasi tersebut tanpa usaha menghentikanya. Mereka menjadi kelam kabut apabila PM mengarahkan polis segera mengambil tindakan sebelum ia mencetuskan permusuhan antara kaum.

Bayangkan jika  Pemuda PAS yang mengadakan demontrasi sebegitu. Jika tiada gas pemedih mata, berapa orang agaknya yang telah ditahan. Berapa orang pula terpaksa mendapat rawatan di hospital.

Idris Jala Menteri baru. August 28, 2009

Posted by rajasedaka in BN.
1 comment so far

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  mengumumkan pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Idris Jala

Idris Jala

Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) , organisasi yang akan mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI). Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

Pelik juga lantikan menteri baru itu dibuat untuk membantu menteri yang sedia ada. Apakah  Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak tahu membuat kerja atau tidak mampu memikul tanggungjawab sebagai menteri? Adakah prestasi beliau juga telah diambil kira?

Isu KPI telah bergema sejak Najib ditabalkan sebagai PM. Ini bermakna KPI belum lagi dimulakan dan ia hanyalah salah satu retorik politik BN sahaja. Lagi sekali wang rakyat dihabiskan untuk membayar menteri yang tidak efisyen.

Nota:

Idris Jala is a Kelabit from Sarawak and is a Christian. He was the first non-Malay non-Muslim to be appointed to head a GLC, as part of new government reforms   (Sumber)

Najib Lemah! Baiki Prestasi Anda. June 2, 2009

Posted by rajasedaka in BN.
3 comments

najib6

LEMAH! Begitulah markah yang diberikan oleh rakyat terhadap prestasi PM yang baru.

Hanya 45% rakyat menyatakan rasa puas hati dengan prestasi Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang mengambil alih tampuk kepimpinanan sebagai Perdana Menteri dua bulan lalu.

Jika di sekolah, markah itu mendapat gred D! Mungkin Najib sendiri segan untuk minta Rosmah sain rekod prestasi itu!

Perkembangan itu diperoleh hasil tinjauan umum kendalian Merdeka Center membabitkan 1,067 responden. Mereka ditemui antara 6 dan 15 Mei lalu. Najib dilantik Perdana Menteri 3 April lalu menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kalau Najib bersifat anak jantan seperti pemimpin Jepun, besok pagi beliau akan menghantar surat meletak jawatan!

Perkembangan mutakhir ini menunjukkan kelemahan Najib yang ketara dalam mentadbir negara. Jika Najib pernah menyatakan Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan ekonomi global, kini semua itu hanyalah retorik semata-mata. Para peniaga resah dengan perkembangan ekonomi. Para pendidik resah dengan keruntuhan nilai moral pelajar dan perkembangan dunia pendidikan. Para Peguam dan pengamal undang-undang resah dengan perkembangan bidang kehakiman.

Rakyat jelata yang begitu pobia dengan meningkatnya kes-kes jenayah berat seperti ragut, kes bunuh, kezaliman along dan rompakan bersenjata  telah didendangkan dengan lagu-lagu nostalgia tentang bahaya komunis!

Apabila rakyat muak dengan barisan pemimpin rasuah, rampasan kuasa di Perak dan berbagai langkah sumbang BN, rakyat di alihkan kepada isu Komunis yang telah lama berkubur. Isu kepulangan Chin Peng dimainkan untuk menagih sentimen rakyat yang bencikan kekejaman Tatkala Najib sedang berada di Negara Komunis China!. Adakah betul Chin Peng ingin kembali? Jika betul, Kerajaan memutuskan tidak membenarkannya. Sepatutnya habis ler isu itu. Tumpukan kepada isu ekonomi.

Jika anda di dapati lemah, perbaiki prestasi anda.

Najib angkat bendera Putih April 18, 2009

Posted by rajasedaka in BN.
1 comment so far

white-flag

Belum pun sempat SPR mengumumkan tarikh pilihanraya di DUN Penanti, PM6, DS Najib Tun Razak telah mengumumkan di Pekan, kemungkinan besar tidak akan bertanding di situ jika mendapat restu rakan komponen BN yang yang lain. Setakat ini MCA dan PPP telah menyatakan sokongan. Hanya MIC yang masih menunggu. Dr M menyanggah saranan PM6 itu kerana tidak bertanding dikira mengaku kalah..malu BN nanti!!

Alasan bijak yang diberikan Najib  ialah menjimatkan kos!

Jika sudah kena 4 – 1, pasukan mana pun akan berfikir 5-6 kali untuk bertanding, lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat yang sudah muak dengan BN.

Apa pun kita tetap Menanti BN di Penanti!!

Kata-kata orang seperti Najib tidak oleh dipegang.  Seperti kes Tahanan ISA. Hari ini kata bebaskan 13 tahanan ISA, besok dia tangkap lagi 3 orang…

Jika petugas Pakatan Rakyat menjangkakan akan menang mudah, mereka adalah silap. Jangan beragan-angan!!

SPR sudah meletakkan syarat baru. Tiada pondok panas. Bilangan Penyokong semasa penamaan calon akan dihadkan. Semua ceramah mestilah dengan permit polis.

Bersedialah!!

Barisan Kabinet Najib/Che Det… April 9, 2009

Posted by rajasedaka in BN.
add a comment

najib21

Najib yang tersepit dalam kemelut Politiking dalam BN telah mengumumkan barisan kabinet yang sangat lemah,menambah keretakan dalam UMNO yang masih bercelaru dengan politik Wang dan badi kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Dengan menyenaraikan semula muka-muka lama yang tewas dalam PRU 12 seperti Dr Koh,  Shahrizat, Dr Abang Adek, Chew Mei Fun, DS Najib juga menyenaraikan pemimpin UMNO yang tewas dalam pemilihan Agung UMNO seperti Mukhriz dan  Rais Yatim . Barisan kabinet itu nampak paradox dengan slogan baru Najib Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Jika rakyat telah menolak ahli politik itu, kenapa ia masih dilantik? Jika ahli UMNO akar umbi telah menolak pemimpin yang rasuah dan berprestasi rendah, kenapa masih dikutip oleh Najib?

Kabinet Najib hanya membariskan enam muka baru di kalangan 28 menteri yang dilantik, termasuk dua yang dinaikkan pangkat daripada jawatan timbalan menteri. Muka-muka lama itu pula gagal menyerlah dan memberikan prestasi yang rendah.

Perlantikkan Mukhriz yang tewas dalam pemilihan Pemuda UMNO membayangkan DS Najib masih tidak dapat melepaskan diri daripada bayangan Dr Mahathir . Malah Barisan Kabinet baru itu adalah barisan Najib dan Mahathir. Jika Mahathir memegang remote dibelakang tabir, ia akan mengundang bahaya kepada negara memandangkan ‘jasa’ Mahathir sebelum beliau bersara.

Pengaruh Pak Lah ditolak jauh-jauh. Menantu Pak Lah, Khairy yang memenangi jawatan Ketua Pemuda mencatat sejarah sebagai Ketua Pemuda pertama yang tidak mendapat tempat dalam kabinet. Ia menguatkan lagi spekulasi siasatan rasuah terhadap Khairy akan dipanjangkan dan mungkin Khairy akan tersangkut. Mana mungkin Najib mencari masalah dengan mengambil Khairy yang akan menconteng arang ke muka barisan kabinet baru…

Penempatan beberapa nama membuat kita tersenyum simpul. Timbalan Perdana Menteri hanya memegang Kementerian Pendidikan. Kementerian Pertahanan yang lebih tinggi tarafnya diberikan kepada sahabat karib Najib,  Ustaz Ahmad Zahid Hamidi. Sepupu Najib, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein pula dilantik Menteri Dalam Negeri , menjaga Polis dan FRU menggantikan Syed Hamid Albar .

Paling menarik orang kampung teman juga tersangkut juga sebagai menteri iaitu Mejar Jenaral Datuk Jamil Khir Baharom. Tentu orang kampung  Sedaka pening juga nak menyambutnya kerana beliau dilahirkan dalam keluarga  PAS. Bapanya sendiri Hj Baharom adalah bekas Setiausaha PAS cawangan. Adiknya pula pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda PAS Jerai.. Alih-alih beliau turut bersama Najib yang sangat diragui ‘ kesuciannya’..

Saiz barisan kabinet yang diuar-uarkan akan dikecilkan hanya gimik sahaja. Ia hanya mengurangkan nama dua kementerian tetapi telah menambah bilangan Timbalan Menteri daripada 37 kepada 40 orang.

Harapan kita barisan kabinet baru akan memacu negara seiring dengan kepesatan kemajuan dunia.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.