Livinaku mula meragam!! January 29, 2009
Posted by rajasedaka in SUPER.add a comment

Selepas 5 bulan , Nissan Livinaku mula buat kacau…walaupun sedikit ia mengganggu rutin harian kerana terpaksa ke Pusat servis di Ipoh. Ia bermula semalam selepas aku meredah hujan lebat pulang ke rumah selepas menziarahi Cikgu Zaridah yang cuti panjang kerana sakit.
Sampai kat umah sahaja, central lock pintu kereta dan bonet belakang asyik on dan off sendiri. Bunyinyer kruk-krak kruk krak berulangkali. Terpaksa aku buka wayar ke Bateri. Bengang jugak! Isteriku cepat membuat rumusan sendiri… “tak leh kena hujan livina abang nih!!”
Hari nih seharian aku kat Pusat Servis . Semasa balik sempat juga singgah kedai sahabat Kamarul di Simpang Pulai yang buka stokist direct Selling DCL.Tak sempat bercerita panjang sebab Ghani, coach Pasukan Bola Baling Daerah Kampar dah tunggu kat rumah. Walaupun Sukan Perak (SUPER) bulan Jun Nanti…persiapan awal perlu dijalankan.
Aduss ..Ghani pun pakai Livina jugak.” Livina aku ok!!” katanya.
Cuti Tahun Baru Cina January 26, 2009
Posted by rajasedaka in SUPER.add a comment
Aku sibuk kenduri. Semalam pi Pantai Remis… dapat jumpa mak dan ayah serta adik beradik… meriah. Selesai kenduri abang Sabri bawak keluarganya mai tidur di rumah… fuh seronok dier bercerita pasai projek Praktis Jawinya. Sempat juga bawak dia pi promo projek dia kat Hj Rosli dan Ustazah Azizah.
Malam meeting Persatuan Bola Baling…Sukan Perak ke 5 ( SUPER V) tahun nih bermula 10 hingga 14 Jun. Bola Baling dimasukkan dalam senarai sukan buat pertama kali.