jump to navigation

Rakyat dihalang lagi.. April 12, 2009

Posted by rajasedaka in Uncategorized.
1 comment so far
Wajah Nizar menghantui BN

Wajah Nizar menghantui BN

Kelibat dan wajah Nizar begitu menghantui BN. Mereka sangat takut dengan aura dan suara beliau. Tidak hairan jika segala program beliau akan dihalang dan disekat dari dihadiri rakyat. Terkini Forum rakyat yang  dijadualkan berlangsung di Dewan Dato Ahmad Said, Kg Sg Rokam, Ipoh anjuran Parti Keadilan Rakyat jam 9.00 malam tadi terbatal akibat tiada perkenan pihak polis.

DS Anwar Ibrahim, DS Nizar, S Manikumar (Adun Bukit Selambau), Dr Lee Boon Chye (MP Gopeng) dan Shamsul Iskandar (Ketua AMK) yang sepatutnya menjadi panelis pada forum tersebut.
Pihak polis mengadakan sekatan di setiap jalan dan lorong yang menuju ke Dewan tersebut bagi menghalang kehadiran orang ramai kesitu.
Pening juga nak ke sana kerana ada sahaja kereta polis yang dilintang menutup jalan!
Tak perlah…kita tunggu sahaja suara DS Nizar di Parlimen nanti !

Menteri Sedaka bersuara… April 12, 2009

Posted by rajasedaka in Uncategorized.
3 comments
Datuk Jamil Khir

Datuk Jamil Khir

“Kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini termasuk konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bagi memastikan keberkesanan dari segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata ini adalah di antara beberapa aspek yang akan dilihat beliau secara mendalam sebaik memulakan tugas dalam portfolio agama sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.”

-Berita Harian Online

Setelah dilantik sebagai Menteri JPM, Datuk Jamil Khir Hj Baharom mula bersuara berani di Kelantan. Tekadnya untuk mengkaji dasar Islam anjuran kerajaan  BN yang sekular akan berdepan dengan pelbagai ujian dan halangan. Buat permulaan, ia adalah satu langkah yang betul. Suatu kerja baik perlu kajian. Tekad itu akan menjadi keazaman beliau dalam surival politiknya. Keazaman politik ( political will) tidak cukup jika tidak mendapat kerjasama secara bersepadu dari lain-lain kementerian.

Beliau juga boleh mengambil pendekatan yang diambil oleh Kerajaan PAS Kelantan ketika baru menegakkan kerajaan pada 1990 dahulu. Tuan Guru memulakan dengan kajian dan kemudian tindakan yang bersungguh-sungguh. Antara tindakan awal Tuan Guru ialah mengasing akaun kewangan negeri dengan meletakkan wang kerajaan dalam sistem kewangan Islam. Selepas itu, TuanGuru menghapuskan niteClub , tempat judi dan sarang pelacuran.

Tidak cukup dengan itu, Tuan Guru telah menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan dasar Islam dengan mewajibkan amalan menutup aurat hingga wajah wanita di papan iklan pun disyaratkan menutup aurat.

Perlaksanaan dasar-dasar Islam adalah menjadi tanggungjawab kerajaan yang percaya kepada Hari Akhirat.

Sebagai Menteri Agama, elok sangat beliau mengkaji perlaksanaan Islam Hadhari yang sesat dan menyesatkan itu.  Seperti kata Tuan Guru Presiden PAS, Islam Hadhari adalah kata saduran yang indah bunyinya tetapi apa yang tersirat begitu beracun. Ia menyediakan ruang kepada berbagai makna yang berbeza dan tersasar dari hakikat hadharah Islamiyyah.

Islam Hadhari adalah salah satu perkara bidaah yang menyesatkan. Ia telah mewujudkan Islam dalam bentuk baru dengan hanya mengambil perkataan Islam dan melaksanakan sebahagian ajaran Islam dan mengingkari bahagian yang lain. Pada masa mereka meneriakkan Islam Hadhari, pada masa yang sama juga mereka menyanggahi ajaran Islam dengan amalan rasuah, memisahkan agama dari politik, menolak hukum Allah, meneruskan sistem ekonomi kapitalis yang dilingkari riba, menghalalkan yang haram seperti mengeluarkan lesen judi, menganjurkan hiburan yang melampau dan mengenepikan pandangan ulama.

Elok juga jika Datuk Jamil khir dapat mengkaji Hadharah Islamiyyah dan mencari jalan bagaimana untuk melaksanakan Islam yang syumul.  Negara sekular nak laksanakan Islam syumul? Isy…! Macam mana tu yea?

Pembunuh Altantuya ke Tali Gantung April 9, 2009

Posted by rajasedaka in Uncategorized.
1 comment so far
Sirul

Sirul

Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Walau bagaimanapun, mereka berdua masih ada peluang untuk membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan. Sekiranya gagal mereka boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah terakhir. Selepas itu mereka boleh membuat permohonan pengampunan kepada Sultan Selangor (kerana kes berlaku di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor).
Setelah semua proses itu selesai, barulah hukuman gantung itu akan dijalankan.

Mengikut prosedur, mereka akan ditempatkan di bilik akhir dan tidak perlu pakai uniform penjara. Mereka juga tidak diberikan sebarang kerja. Mereka hanya akan duduk melepak menunggu hukuman dilaksanakan. Sementara menunggu itu, mereka boleh dilawati oleh ahli keluarga pada bila-bila masa waktu pejabat. Mereka juga boleh meminta untuk mendapatkan khidmat kaunselling dan bagi yang beragama Islam boleh mendapatkan khidmat nasihat agama Islam melalui ustadz-ustadz. Apabila tiba hari yang ditetapkan untuk digantung, mereka akan dimaklumkan sehari sebelumnya. Ahli keluarga akan dibenarkan melawat buat kali terakhir.

Kemudian mereka akan dibawa ke bilik akhir, iaitu bilik sebelah tempat penggantungan. Disitu mereka dibenarkan membuat permintaan terakhir. Nak makan steak ke, ayam golek ke, tomyam ke apa saje akan ditunaikan. Tapi kebiasaannya tiada banduan yang nak makan pun. Tiba masanya untuk digantung, (yang kebiasaannya di Malaysia dilaksanakan pada waktu sebelum subuh), banduan tersebut akan diiring ke tempat penggantungan. Pada masa inilah kita akan tengok macam-macam perangai. Ada yang terberak terkencing, ada yang lemah longlai langsung tak larat nak berjalan, ada yang menjerit tak mau mati dan macam-macam lagi. Sampai ke platform penggantungan, mereka akan ditutp muka dengan satu hood. Kemudian tali gantung diikat kemas dileher mereka. Apabila Pengarah Penjara memberikan isyarat, maka lever akan ditarik dan tubuh banduan akan terjatuh kebawah dan disentak oleh taligantung tersebut. Biasanya tubuh tersebut akan terkial-kial beberapa saat sebelum terkujur kaku. Sebaik sahaja kaku. Tubuh akan diturunkan dan diperiksa oleh Doktor. Setelah disahkan mati, maka mayat banduan akan segera di bungkus dan diselenggarakan. Kemudian mayat akan dibawa oleh pihak penjara ke lokasi pengebumian. Kalau ahli keluarga telah tetapkan tempat, maka banduan akan dikuburkan ditempat yang ditetapkan. Moga ALLAH memberikan rahmat & keampunan kepada kita semua..ameen.

(disesuaikan dari catatan YB Zul di http://zul4kulim.blogspot.com/ )

Kemenangan Rakyat April 7, 2009

Posted by rajasedaka in Uncategorized.
2 comments
YB Manimaran

YB Manimaran

PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memperolehi 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008. Undi bukan Melayu memberi kesan yang besar kepada kemenangan itu.

tAHNIAH ds nIZAR

tAHNIAH ds nIZAR

Di Bukit Selambau, Calon PKR, S Manikumar mempertahankan kerusi itu dengan peningkatan majority sebanyak 2396. Beliau mendapat kerusi EXCO Kedah juga.

Tahniah kepada semua bloggers, petugas-petugas, pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat.

RAKYAT PERAK MENOLAK POLITIK RASUAH .

Cerita Hantu di Bukit Gantang April 7, 2009

Posted by rajasedaka in Uncategorized.
2 comments

Teman keroje hari mengundi, tak dapat ler teman ke Bukit Gantang … So teman copy ler cerita ini…

Dari  http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com

hantu2

Dulu kini dan selama-lamanya UMNO menafikan kewujudan rancangan jahat mengupah PENGUNDI HANTU SYAITAN. Tapi sepanjang tempoh penafian itu jugalah setiap hari akhir dan malam menjelang pengundian berpuluh-puluh bas tiba di kawasan pilihanraya dengan cara yang mencurigakan.

Tengah malam dan subuh sebentar tadi bas-bas itu datang lagi. Pagi nanti bapak-bapak hantu dan setan di Putra Jaya dan Kuala Lumpur akan membuat kenyataan media iblis dan jembalang menyatakan “tuduhan parti pembangkang itu tak masuk akal”, “mereka mungkin anak tempatan yang bekerja di luar dan berpakat balik mengundi bersama-sama” dan “pembangkang terdesak dan mencari alasan sebagai persediaan kalau kalah”.

Bapak-bapak jin pun memberi amaran “jangan halang pengundi”, “tindakan menghalang pengundi adalah melanggar undang-undang” dan “pihak keselamatan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab”.

Subuh tadi pasukan FRU membentengi sekeliling bas yang ditahan oleh petugas PR. Pegawai polis jadi jurucakap UMNO. Polis dan FRU memaki hamun dan menghalau petugas-petugas PR yang mahu mendapatkan kepastian ke mana arah tujuan rombongan tengah malam itu.

Belum pernah berlaku dalam sejarah dunia sejak zaman nabi Adam, bas pelancong masuk ke pekan kecil Kuala Trong pada pukul 3 pagi kononnya nak melancong ke Pulau Pasir Hitam. Pelancong dari Negeri Sembilan itu bercuti beramai-ramai pada hari Selasa! Hari Selasa! Hari Selasa!

6 buah bas dikepung malam dan subuh tadi. 4 di pekan Kuala Trong, 1 di CALTEX Trong (NBY 9977) dan 1 di simpang Plaza Tol Changkat Jering (BHQ 5155). Semua bas itu dilindungi oleh abang botak yang menaiki Toyota Harrier hitam nombor pendaftaran BGN 9900 dan sebuah Proton Perdana hitam NBD 10.

Rombongan itu mengaku datang dari Rembau Negeri Sembilan. Sebahagian hantu memberitahu mereka datang sebagai pelancong manakala sebahagian hantu lagi mengaku sebagai petugas pilihanraya. Beberapa ekor hantu yang lain menyatakan mereka datang sebagai pasukan sorak untuk BN di pusat-pusat pengundian.

4 buah bas yang berada di pekan Kuala Trong tidak dapat dihampiri oleh petugas-petugas PR kerana dikawal sepenuhnya oleh pasukan FRU yang datang dengan 5 buah trak.

Surat Pakatan rakyat Kepada Agong April 3, 2009

Posted by rajasedaka in Uncategorized.
add a comment

28 Mac 2009
1 Rabiul Akhir 1430

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS

Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa’ sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden Umno yang baru.

Ampun Tuanku,

Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.

Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Perancis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.

Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Baginda menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.

Ampun Tuanku,

Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ampun Tuanku,

Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;

Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

Suara Keamanan April 2, 2009

Posted by rajasedaka in Uncategorized.
1 comment so far
Suara Keamanan

Suara Keamanan

PKR menerbitkan akhbar baru menggantikan Suara Keadilan yang digantung KDN. Akhbar yang membuat analisa politik semasa itu sesuai untuk peminat politik  sebagai alternatif akhbar aliran perdana.

sds

Ucapan sulung Calon Pakatan Rakyat Bukit Selambau March 29, 2009

Posted by rajasedaka in Uncategorized.
add a comment

Siapa Perdana Menteri minggu depan? March 28, 2009

Posted by rajasedaka in Uncategorized.
add a comment

tak-nak-najib

Pak Lah masih berteka-teki. Bila lagi Pak Lah? Betul ke janji Pak Lah nie..?

Rakyat juga berteka-teki…. Adakah Najib yang diselubungi misteri itu akan berjaya mencapai impiannya mendaki ke Puncak ? Dalam keadaan rakyat inginkan kepastian, UMNO telah menyerahkan maruah mereka ke tangan Najib…

Walaupun terdapat isyarat penantian  Najib akan berakhir seawal Rabu nanti, keresahan masih membelenggu Najib dan isteri.

Ikut bisik-bisik, sebagai hadiah memberi kemenangan kepada KJ  setelah pengiraan undi kali ke enam, sebagai Ketua Pemuda, Pak Lah akan mengumumkan pengunduran sebagai PM pada hari Rabu ini. Pada Hari Jumaat  Agong akan dimaklumkan perletakkan jawatan Pak Lah. Jika tiada aral, Hari Selasa Rosmah boleh mengepit Perdana Menteri menjejak kaki meninjau Seri Perdana. Boleh ler berkira nak tukar set sofa atau set tidur yang baru!

Kata bisik-bisik lagi, Khabar itu membuatkan Rosmah terkinja-kinja di bilik mandi!

Rancangan Presiden baru UMNO itu terganggu dengan bantahan keras  Pemuda UMNO terhadap kemenangan  KJ semasa majlis Tepuk Tangan dan tidur-tidur itu. Terdapat kumpulan Pemuda UMNO mengumpul bukti baru kes Rasuah KJ di Hotel Corus.

Andai semua khabar itu hanya khabar angin sahaja, bisik-bisik berharap pulak jangan ler  Presiden Najib menolak Pak Lah dan merampas jawatan itu secara tak sah seperti yang dibuat pada MB Perak tempohari.

Walau bagaimana pun, Presiden diingatkan Pak Lah telah berjumpa Anwar di Hulu Langat….

huhu, pening… sampai bila Rosmah boleh bersabar….??

Jom Ke Bukit… March 19, 2009

Posted by rajasedaka in Uncategorized.
3 comments

logo-undi-bg

Teman nak keluar 3 hari bertemu kawan-kawan di dua bukit rebutan. Di samping mencari isu, dapat juga berkempen cuti 3 hari. Semalam kena jaga anak..isteri periksa PTK.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.