jump to navigation

Salam Ramadhan August 16, 2010

Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.
add a comment

Banyak peristiwa menggemparkan sepanjang Minggu pertama Ramadhan tahun ini. Dari isu pembuangan bayi sampai isu mengamuk hingga berbunuh-bunuh. Pelik Malaysia begitulah. Apa-apa peristiwa yang berlaku seperti ada musimnya. Sekarang musim mengamuk! Perkataan amok hanya ada dalam kamus Melayu… bangsa lain tak mengamuk ke?

Mangsa amok pula adalah mereka yang tak berdaya, perempuan dan kanak-kanak.

Semoga Ramadhan membimbing kita mendapatkan satus Taqwa. Kita terdorong melakukan amal baik dan mengelak perkara haram.

Itu agaknya ada pihak yang mengucapkan ahlan WASAHLAM  Ramadhan….

Selamat Menyambut Maulidurrasul February 26, 2010

Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.
add a comment

Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Kampar November 15, 2009

Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.
1 comment so far

parent1

pakaian bragam

Pakaian beragam

nuha2

Majlis Anugerah Pasti Kampar telah berlangsung meriah di Dewan Maahad Tahfiz Tualang Sekah dengan persembahan pelajar, ucapan penuh motovasi oleh pimpinan Pasti dan penyampaian hadiah.

Menurut Pengerusi Pasti Kampar, Sdr Manaf Ismail, Hari Anugerah kali ke 10 ini cuba membuktikan kepada massa pencapaian anak-anak didik Pasti Kampar , antaranya berjaya mewakili Perak ke pertandingan membaca peringkat kebangsaan.

Para hadirin terhibur dengan persembahan pelajar Pasti yang mengalunkan nasyid, hafazan Quran , azan dan membaca jawi dengan lancar.

rasmi

Ucapan perasmian oleh Setiausaha Pasti Perak.

Majlis telah dirasmikan oleh Sdr Muhammad Hadri b Abd Majid, Setiausaha Pasti Perak. Turut Hadir ialah Tn Hj Rosli Suhaime, Setiausaha Pasti Pusat yang juga mantan pengerusi Pasti Kampar, Sdr Riduan Rasyid, Ketua DPP Kampar dan Sdr Jamil Abdullah, Setiausaha Pas Kampar.

Bai’ah November 13, 2009

Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.
add a comment
Mustafa ali

Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali, menunjukkan surat Bai'ah PAS.(Gambar dari MStar Online.)

Setiausaha Agong PAS , Datuk Mustafa Ali berkata bai’ah anggota Pas menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, sebaliknya merupakan “sumpah setia laknat” bagi mengelak daripada berlakunya lompat parti.

Katanya hanya terdapat dua anggota parti itu dari Selangor menggunakan lafaz bai’ah yang berbeza daripada amalan bai’ah biasa, dan seorang daripadanya adalah Khalid sendiri.

“Pas ada cara sendiri, kita guna tradisi dalam Islam. Bai’ah kita adalah ikrar setia dalam perjuangan. Pas buat benda ni sebelum pilihan raya lagi, sewaktu kita dipilih sebagai calon.” Tambah beliau.

Seminar PAS November 7, 2009

Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.
add a comment

Seminar yang di adakan pada hari ini mengundang kebanjiran perwakilan dari seluruh negara. Ramai yang tertunggu-tunggu penjelasan dari pimpinantertinggi tentang beberapa isu.

Ahli Panel yang dipilih untuk memberikan wacana mereka juga mengundang berbagai persoalan. Salah seorang panel jemputan, Dr Abd Aziz Bari yang sebelum ini dianggap kawan Pakatan Rakyat di atas komen positif beliau mengenai kemelut di Perak telah diserang oleh beberapa pimpinan PAS kerana komen sinisnya terhadap Presiden PAS.

Golongan muda dalam saf pimpinan PAS tentu sekali akan mengambil peluang dalam seminar ini untuk bersemuka dengan Dr Abd Aziz Bari. Rasanya jika ada rasa marah elok disimpan untuk kesempatan lain kerana beliau adalah tetamu yang dijemput Khas. Adakah pernah berlaku tetamu yang dijemput memberi sumbangan idea di belasah oleh tuan rumah…?

Isu utama seminar ialah cara bagaimana memperkasakan parti.  Adakah teguran dan kritikan oleh pakar undang-undang melemahkan parti? Apakah isu-isu yang yang mengheret parti dan pimpinan parti terperangkap dalam mainan media arus perdana? Bagaimana menangani isu tersebut?

Semoga seminar kali ini akan menutup mulut musuh dan memantapkan parti dan mengukuhkan pakatan dengan rakan seperjuangan dari PKR dan DAP.

update: FUTSAL ORANG MUDA GENG KITA November 7, 2009

Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.
add a comment
rasmi

Ucapan Aluan dari Ketua Pemuda Kampar, Sdr Riduan

Pertandingan FUTSAL bertemakan kempen Anak Muda Geng Kita telah  di adakan di Padang MDKS Kampar . Pertandingan FUTSAL itu  dianjurkan setiap tahun oleh Dewan Pemuda PAS Kampar sejak  4  tahun yang lepas.

Sebanyak 19 pasukan telah mengambil bahagian. Pertandingan yang dirasmikan oleh Sdr Salman Salleh, Naib Ketua DPP Perak telah berjalan lancar dalam cuaca yang cukup baik.

Dalam ucapan beliau, Sdr Salman mengajak anak-anak muda memberi sokongan kepada aktiviti Dewan Pemuda PAS yang membuat pendekatan baru bertemakan anak muda geng kita. Sukan Futsal adalah salah satu cara selain xpdc bermotor dan camping.

Beliau juga meminta pemuda Islam menjaga akhlak Islami dengan berpakaian menutup aurat di mana sahaja.

Pemenang pertandingan edisi kali ini dengan membawa pulang wang tunai RM800 dan Piala YDP PAS Kampar, ialah Pasukan Kelab Sukan MayBank (KSMB) yang mengalahkan Pasukan Belia Kampar 2-0 di pentas Final. Tempat ke tiga dimenangi oleh Pasukan Pekan Razaki dan tempat ke empat Pasukan Jabatan Ukur dan Pemetaan ( JUPEM).

Pemenang akan mewakili DPP Kawasan Kampar ke pertandingan Futsal peringkat Negeri yang akan di adakan di Taiping pertengahan bulan Disember nanti.

Jamuan Raya Tualang Sekah October 18, 2009

Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.
2 comments

Majlis  sambutan Hari Raya telah di adakan di Pusat Khidmat Masyarakat Tualang Sekah. Tetamu yang hadir telah diberi santapan rohani dengan ceramah agama oleh Ust Hisyam Mohd Ali dari Bruas.

Lebih 4000 cucuk sate telah habis dalam masa setengah jam sahaja. Majlis jamuan itu turut disertai oleh jawatankuasa PAS Kawasan Kampar yang diketuai oleh Naib YDPnya, Ust Shuib Hussien.

Menurut Abd Manaf, sambutan kali ini amat menggalakkan di mana kehadiran telah bertambah sekali ganda berbanding sambutan tahun lepas.

UMNO guna Samseng dan kaki Pukul October 8, 2009

Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.
add a comment
Seorang petugas Pemuda PAS cedera dipukul Samseng UMNO.

Seorang petugas Pemuda PAS cedera dipukul Samseng UMNO.

Markas Pemuda PAS  diserang 100 pemuda berpakaian baju BN. Mereka menyerang dan menumbuk petugas Dewan Pemuda PAS di Bagan Pinang.

Nampaknya lakonan Azeez ketua Mat Rempit telah berjaya mempromosikan taktik ganas dan samseng UMNO. Perlakuan terdesak yang digunakan UMNO untuk mempertahankan kerusi BN di Bagan Pinang amat dikesali. Tindakan Pihak Polis yang tidak bersungguh menangani kes samseng itu juga membayangkan sifat double standard Polis yang begitu berani dan angkuh ketika berdepan dengan Pemuda PAS, tetapi menjadi  lambat dan bersopan ketika menghadapi pemuda samseng UMNO.  Apa guna peruntukan yang besar diberikan kepada pihak PDRM jika mereka gagal membendung gajala samseng itu. Bukankah kehadiran mereka yang ramai adalah untuk menjaga keselamatan rakyat?

Saya mengharapkan Pemuda PAS bersabar menerima tekanan dan ujian. Tujuan kita menyertai pilihanraya kerana kita masih meyakini sistem demokrasi itu. Negara kita mempunyai undang-undang yang sama untuk semua warganya. Namun sikap berhati-hati dan sentiasa bersedia perlu diterapkan. Mempertahan diri adalah wajib jika kita diserang dan diancam nyawa.

Tun Mahathir melalut lagi October 6, 2009

Posted by rajasedaka in BN.
add a comment

osama-bin-lMamak

Hari ini Tun mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah, menghina Islam dan berbelit-belit.

Kata beliau :

“Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

“Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).

“Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali,” katanya kepada pemberita di sini semalam. ( sumber : mStar On line)

1. Boleh Tun buktikan siapa pimpinan PAS yang kata berkerja sama dengan bukan Islam akan menjadi kafir?

2. Ternak babi dan makan babi adalah hak orang bukan Islam.

Sekian lama kita dianjurkan bertoleransi dengan bukan Islam. Mereka boleh makan babi dan  menternak babi mengikut keperluan mereka. Jika kandang babi berselerakan dan mendatangkan pencemaran air dan bau, tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah itu.

Pemerintah hanya perlu memantau dan memastikan kebersihan dan isu pencemaran di atasi. Isu di sini ialah kebersihan.

3. Pernah ker orang PAS kata kita boleh ternak, boleh jual dan boleh masak  babi,dan jangan makan babi? Ataupun kata-kata itu keluar dari kepala hotak Tun sendiri? Tun pernah jumpa ke orang PAS jual dan masak babi? Apabila Tun cuba tafsir ayat Quran pakai kepala hotak sendiri , kita bimbang aqidahnya boleh rosak.

4. Tun terkenal sebagai seorang pemimpin Islam yang pandai memutar-belitkan fakta. Kenyataan terbaharunya menambah panjang  lagi senarai penghinaan agama Islam yang dibuatnya semenjak berpolitik!

Bagan Pinang:Kempen bermula October 3, 2009

Posted by rajasedaka in Pakatan rakyat.
add a comment

Apabila Pegawai Pengurus SPR mengumumkan pertandingan adalah satu lawan satu diantara Tan Sri Md Isa Samad mewakili Barisan Nasional dan Zulkefly Mohamad Omar mewakili PAS, Para penyokong bersorak gembira menyambutnya.

Isu besar yang dipandang remeh oleh UMNO ialah Isu Rasuah dan penyelewengan. Sepanjang 25 tahun memegang jawatan MB Negeri Sembilan , banyak penyelewengan yang berlaku seperti agihan projek kepada kroni, amalan rasuah dalam merebut jawatan dan sebagainya..

Manakala BN pula tidak dapat mencari isu berkaitan calon PAS yang bersih dan telus. Kini mereka menembak Anwar yang dikaitkan dengan isu komunis. Kononnya Anwar menyokong komunis apabila meminta kerajaan membenarkan permohonan Chin Peng yang hendak balik ke Malaysia. Mereka lupa Najib juga beberapa kali berjumpa dengan Kerajaan China yang Komunis. Syarikat Kerajaan, Petronas juga melabur di Vietnam, sebuah negara komunis.